Label-1

Label-2

Label-3

Kisah benar ''Ada Hantu Di Petronas Jalan Subang Airport''


Kisah benar ''Ada Hantu Di Petronas Jalan Subang Airport''


Ini merupakan pengalaman dan kisah benar seorang lelaki yang mana sangat menyeramkan. Kejadian berlaku di Petronas Jalan Subang Airport.

Aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb…. Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa
punya angin atau buang tebiat agaknya… aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik… bodoh punya perancangan.

Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer… tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon… hampeh… badan letih boleh perah otak ke… tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi “Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau”, aku jawap ” Ok…” jer…,

Kepala otak menerawang… kat mana aku nak beli tengah malam buta ni…, sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda… merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la… janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb…

Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah… selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu…., aku rasa lain macam jer…. bila masuk jalan besar… aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer… dalam hati aku berkata “something wrong somewhere” dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh… berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah….

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang… alamak kompom ada something kat kerusi belakang …, lepas tu…. aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang… tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya…nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho….

Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra…, bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti… kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan… mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya… sayangnya muka dia aku tak nampak… adakah secantik model kapal selam atau secantikmodel Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie… aku tak pasti

Aku kata padanya “Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ” korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap… gagap… macam MB Selangor tu… kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali… tapi nak buat macam mana, darurat…beb… itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik… kalau tak macam manalah suara dia… sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya…

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi…, tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan….. terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu




Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada… aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dadaaku, perut aku semuanya tak tenteram… barcampur baur jadinya… tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang… macam takda apa-apa jer…. tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu… pelik juga… atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya… pasal tu takda respons…kecewa betul…

Sampai jer… kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia ” Ok… saudari kita dah sampai… boleh turun di sini” sambil menjeling cermin pandang belakang… alamak apasal dia ada lagi… tak nak turun ke… dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula… kacau macam ni…dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang… minah tu dah takda…, aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian…. wokeh … kompom dia dah blah… masa bila dia keluar pun aku tak tau… pantas betul…

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah… aaminnn…. dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi… pecut kereta semahunya… aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer… berdesup perginya… tengok meter… fuhhh… 160… aku slowdown… sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi…. manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi… sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan… macam bau bunga melor kalau tak silap aku… dan aku pun malas nak ambik pot… sangat… pasal bau tu… janji aku selamat.

Sampai jer… di luar pagar rumah… aku teringat pesan orang tua-tua… aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layanastro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah…. cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata…. masih terbayang-bayang lagi pada minah tu…. adakah aku dah jatuh cinta padanya…. ha..ha..ha… minta laluan… minta…laluan… idak ler…teman…

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh… mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya… apa pun syukur alhamdulillah… sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya.

Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya… padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh…. bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya.

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu… dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga.

Jadi itulah pengalaman “Jangan Pandang Belakang” yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi… tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu… manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu… untung sabut timbul… boleh buat bini

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi… aku ingatkan hanya rekaan semata-mata… rupanya real…. wa cakap lu…. tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya… sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua… walau apa pun… Innalillah..hiwainalillah…hirrajiun…. semuanya dalam kekuasaanNYA.

Tajuddin beri amaran mahu lempang Cina Malaysia

Tajuddin beri amaran mahu lempang Cina Malaysia

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini memberi amaran akan "melempang" rakyat Cina di negara ini jika mengadu masalah kepada pihak luar.

"Saya nak bagi amaran juga kepada Cina-Cina Malaysia jangan ingat bila ada masalah dia nak mengadu, sikit-sikit mengadu supaya ada yang lindungi mereka.

"Nak kena lempang macam itu," kata Tajuddin sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas merasmikan Pameran Perdagangan dan Persidangan Herbal Asia 2015 di bangunan Matrade, Kuala Lumpur sebentar tadi.


Malah, anggota Majlis Tertinggi Umno itu meminta rakyat Cina di negara ini berhenti "berangan" bahawa ada pihak luar yang akan membela nasib mereka.

"Orang Cina yang ada di Malaysia jangan beranganlah bila ada big boss datang, ada godfather datang dari negara China sebab nak tolong dia.

"Jangan berangan begitu," katanya yang juga anggota Parlimen Pasir Salak.

Menurut Tajuddin lagi, kehadiran Duta Besar China Huang Huikang ke Malaysia hanya untuk melindungi rakyat negaranya yang melancong di Malaysia.

"Dia kata nak lindungi rakyat dia bukan Cina Malaysia, buat apa nak campur tangan. Saya pun marah kalau dia campur tangan.



"Duta China kata kenyataan dia telah digembar-gemburkan, dia tidak ada niat campur tangan dalam hal ehwal negara kita, tak ada niat nak membela orang Cina di sini," kata Tajuddin.

Huang semalam mengingatkan bahawa lawatannya ke Jalan Petaling Jumaat lalu tidak harus dijadikan sebagai satu isu anti kerajaan Malaysia.

Huang mengulangi kunjungannya sebagai lawatan muhibah dan untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang kebimbangan keselamatan, sebelum membuat keputusan sama ada akan mengeluarkan nasihat perjalanan kepada pelancong dari China.

Tajuddin bagaimanapun selepas itu menghubungi Malaysiakini memberitahu bahawa beliau merujuk kepada "Cina DAP" apabila membuat kenyataan itu.

Rakaman suara sidang media itu bagaimanapun mendapati beliau menyebut "Cina-Cina Malaysia".
Tips bagi pelanggan yang tidak mampu bayar ansuran kereta


Tips bagi pelanggan yang tidak mampu bayar ansuran kereta


Tips sangat baik drp Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)

Sekiranya anda tidak mampu meneruskan untuk membayar finance kenderaan anda, jangan sesekali anda:-
- Serah kepada pihak ke-3 (sambung bayar @ skim sewa)
- Sembunyikan daripada pihak bank elak ditarik.
- Jual spare part atau sebagainye..

Ini kerana anda akan di blacklisted, ccriss, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari drp tarikh anda serah kpd bank untuk dituntut semula.

Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari drp tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong td akan di tolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.

Bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya:-

1- Finance dah melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2- Kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.

3- Pada hari cuti umum.

4- Selepas jam 9 malam.

- Agen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula daripada KPDNKK.



- Sekiranya si penarik kereta datang lebih daripada seorang, semua daripada mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.

Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

Jadilah pengguna yg bijak.

*Gambar sekadar hiasan.
Kisah Sayu, Wanita Rayu Teman Wanita Suami Pulangkan Bapa Kepada 3 Anak Itu Kepangkuan Keluarga


Kisah Sayu, Wanita Rayu Teman Wanita Suami Pulangkan Bapa Kepada 3 Anak Itu Kepangkuan Keluarga


Terkejut apabila membaca cerita wanita ini apabila beliau berkongsikan kisah sedih dah sayunya apabila suaminya 'kantoi' tidur dengan perempuan lain di dalam biliknya.

Lebih memeritkan perbuatan 'terkutuk' suaminya itu berlaku ketika wanita tersebut sedang sarat mengandung 9 bulan.

Sungguh tabah, walaupun tahu suaminya memperlakukan sedemikian terhadap hubungan mereka, dia tetapi merayu suaminya itu pulang kepangkuan mereka sekeluarga.

Mari kita baca luahan dan cerita yang dikongsikan wanita berkenaan.

Dulu suami sy jual burger dan apam balik sama2 susah dgn sy.tp bl pndah kl dpt kje gj bsr skit dia buang sy ngn anak2 mcmtu je sbb pmpuan ni.

''Sy dpt tau pasal skandal suami ni pn sbb Allah dh aturkn smuanya.3mnggu su melihat prubahan ketara pd suami.xpdulikn sy dn ank2.blk kje smpai kesubuh… dgn keadaan sy yg sarat mngandung.. dlm 3mnggu tu tiap2 mlm sy buat solat hajat..istikharah dan tahajjud.pastu sy baca yassin tiap2 hari mntak ptunjuk pd Allah knp suami sy tiba2 berubah hati.dh takdir Tuhan nk tnjuk smuanya.sy mntk ngn suami nk blk kg.

slama 3hr sy kt kg.sy rasa xsdp hati.gelisah jiwa.sy blk ke kl dgn abg sy tanpa pngetahuan suami sy.stibanya di rmh sy trnampak slipa pmpuan. suami sy mngkin dgr bunyi kunci dan trus bukak pntu tanpa sy yg bukak.



muka dia nmpak sgt trkejut dgn kehadiran sy dn ank2.suami hanya bekain pelekat tanpa baju.sy trus msk kedlm rmh..suami tahan sy xbg msk.tp sy tolak dia.remuknya hati sy bila nampak pekaian dlm..coli baju pmpuan tu kt ats katil sy.beg pempuan tu.brg mandi dlm bilik mandi kami.hancur luluh perasaan sy.sbb sy xsngka suami snggup buat sy mcmni sdgkn sy sdg mngndung 9bln.perempuan trus lari kluar bila sy masuk.sy meraung menangis.tp suami diam je.

hari tu jgk sy blk ke kampung sy.smpai hari bsalin sy keseorangan.sy uruskn hal2 hospital sndiri. saya sakit nk bsalin jam 3 pg.sy drive sndiri pergi kehospital.bila sakit dtg sy genggam stereng kuat2.sy mohon Allah beri sy kekuatan.smpai hospital 3.30pg.jam 4.30pg sy slamt lahirkn bayi sy.hanya sejam sy sakit.alhamdulillah..Allah mmg mudahkn segalanya.sy mngucap syukur xtrhingga.suami sy lgsung xpeduli pasal ank dia.sy sedih sgt2.tp sy mash blh kawal perasaan.''

suami xtahu sy dh slamt bsalin.lgpun dia lgsung xpdulikn kami lg.sdgkan sy masih isteri dia yg sah.sy mohon pd pemilik wajah ni..tlgla tinggalkan suami sy.bina kebahgiaan ats kesengsaraan org lain xkan kekal…pulangknla suami sy semula.kasihanilah ank2 sy yg masih memerlukan kasih syg ayahnya..
Tasha Shilla Minta Tak Dikaitkan Dengan Agama Dalam Isu Fesyen


Tasha Shilla Minta Tak Dikaitkan Dengan Agama Dalam Isu Fesyen


Pelakon Tasha Shilla yang kebelakangan ini sering dikaitkan dengan fesyen yang melampau meminta masyarakat tidak lagi mengecamnya dengan menggunakan isu agama.

“Saya mohon jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan, saya juga diberi penghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin saya nampak seksi kerana semakin kurus," katanya memetik laporan Bi-Pop.

Bukan itu sahaja, apa yang hanya mampu dilakukannya kini adalah berdoa dalam menghadapi tohmahan dan kritikan terhadapnya.

“Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama. Mungkin saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu,” demikian menurut Tasha.

Tasha sebelum ini menggemparkan industri hiburan tanah air dengan penyebaran satu gambar separuh bogel dipercayai sebagai dirinya.

Belum reda dengan isu itu, Tasha sekali lagi diheret dengan kontroversi fesyen seksi mendedahkan bahagian perut, dada dan peha yang digayakannya ketika menghadiri sebuah majalah fesyen baru-baru ini.

Penampilannya itu mengundang kritikan ramai pihak, termasuk pakar agama.
TMJ Titah Turunkan Bendera Jalur Gemilang Serta-Merta Di Seluruh Johor


TMJ Titah Turunkan Bendera Jalur Gemilang Serta-Merta Di Seluruh Johor


Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Sepucuk surat dari Pejabat Daerah Segamat kepada semua Ketua Jabatan di daerah berkenaan yang memanjangkan titah berkenaan telah tersebar di laman sosial Facebook hari ini.

“Semua bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta-merta kerana sambutan Hari Kebangsaan telah selesai.





“Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing,” demikian menurut surat berkenaan.

Ramai pihak meluahkan reaksi bercampur-campur berkenaan titah terbaru ini kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang pelik memandangkan Johor merupakan sebuah negeri di dalam Malaysia.

Tinjauan laman web lain mendapati ada pihak berpendapatan bahawa langkah itu ada kaitan untuk membawa Johor keluar daripada Malaysia.
Kaka Azraff berdebar disentuh Nicholas Saputra


Kaka Azraff berdebar disentuh Nicholas Saputra


Berpeluang untuk berlakon bersama dengan pelakon pujaan, Kaka Azraff mengakui bahawa dia bukan saja terkejut malah dalam masa yang sama turut berdebar apabila digandingkan dengan Nicholas Saputra dalam filem arahan Dain Said.



“Walau hanya tampil sebagai cameo sahaja, namun ia pengalaman cukup besar dan bermakna buat saya kerana filem ini melibatkan kerjasama antarabangsa. Awalnya saya tidak tahu akan berlakon dengan Nicholas sehinggalah hari pertama di lokasi”

“Rasa berdegup-degup jantung ketika itu melihat Nicholas di depan mata kerana saya juga adalah peminatnya menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta. Memori yang tidak boleh dilupakan ketika dia menyentuh muka saya. Perasaan ketika itu bagaikan bertemu dengan lelaki yang kita suka,” jelas Kaka kepada Mangga Online.

Selain itu, Kaka menyifatkan penglibatannya di dalam bidang lakonan hanyalah sekadar suka-suka dan masih memberi keutamaan kepada bidang nyanyian. Bagaimanapun, jika bidang tersebut lebih menguntungkan, dia tidak teragak-agak untuk terus berlakon.