Posted by comel
08:47
0
Bagaimana Nasib Muhyiddin Selepas Najib Jumpa Agung ?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak difahamkan sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan kabinet.
Utusan Online selepas tengah malam tadi melaporkan bahawa Najib dijangka melakukan rombakan yang pertama sejak kabinetnya dibentuk pada 2013.
Akhbar Umno itu melaporkan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel mungkin digugurkan susulan kemelut kepimpinan yang sedang melanda MIC.
Pertukaran juga dijangka dibuat apabila Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dikatakan akan digantikan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Shaberi dikatakan akan bertukar ke portfolio lain.
Sementara itu, Utusan juga melaporkan bahawa seorang pemimpin Sabah akan dilantik menganggotai kabinet dan seorang timbalan menteri akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh.
Sekurang-kurangnya dua muka baharu dikatakan akan dilantik sebagai timbalan menteri.
Utusan bagaimanapun berkata sumber yang rapat dengan perdana menteri semasa dihubungi menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya perdana menteri yang akan membuat penentuan”.
Akhbar itu bagaimanapun tidak menyentuh kedudukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sentiasa menjadi bahan spekulasi sama ada kekal atau digugurkan.
Komen terbaru Muhyiddin berhubung 1MDB yang dicetuskan oleh Najib kelmarin mengundang rasa tidak senang sesetengah pihak dalam Umno dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sendiri.
Sumber
comel
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: