Label-1

Label-2

Label-3

12 cara mendidik anak yang degil supaya dengar cakap


12 cara mendidik anak yang degil supaya dengar cakap


Mesti stress, bila kita cakap, anak tak nak ikut. Lagi kita cakap kuat-kuat, lagi dia melawan. Kadang-kadang, sebagai ibu, boleh jadi down satu hari. Buat senang nak bagi anak dengar kata!

Walaupun, ibu bapa banyak menghabiskan masa bercakap kepada anak-anak, ada kalanya tanpa disedari, mereka amat jarang mendengar luahan anak-anak. Selalunya, apabila berlaku waktu yang “panas”, amat sukar untuk ibu bapa menghentikan pertengkaran anak-anak.

Anda perlulah belajar cara yang lebih baik untuk berbicara dengan anak-anak supaya mereka mendengar dan anda tidak perlu bersusah payah.

Mendidik anak dengar cakap


Ini membuatkan anak-anak terpaksa akur dan tidak dapat bersuara dalam rumah sendiri. Ada juga ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga sanggup memberikan apa jua yang anak inginkan.

Kedua-dua cara didikan di atas berbentuk ekstrim dan tidak bagus untuk pembesaran anak-anak. Perlulah ada keseimbangan dan penuh dengan budi bicara yang sihat dan rasional. Cara anda bercakap dengan mereka akan mengajar mereka cara bercakap dengan orang lain dan cara anda bercakap juga menentukan sama ada anak-anak akan mendengar atau tidak dan bagaimana tindak balas mereka.

1. Gunakan bahasa yang baik dan halus

Tiada orang yang suka mendengar nada yang negatif. Elakkan penggunaan “tidak” atau “jangan”. Sebaliknya, gunakan ayat positif untuk mengarah dan memberikan tunjuk ajar kepada anak anda. jika anda menggunakan ayat yang positif dan penuh dengan kasih sayang, anak-anak akan berasa yakin, disayangi dan istimewa.

Ini akan membuatkan mereka melakukan apa jua pesanan anda tanpa membantah. Mereka juga akan mendengar apa yang anda ingin katakan dan memahami dengan baik.

2. Renung mata anak anda sebelum memberi arahan

Sebelum memberi arahan, melutut dihadapa anak anda supaya level mata anda dan anak anda selari. Renung anak matanya dan pastikan dia memberi perhatian pada anda. Anda perlulah bersabar jika anda melakukannya untuk pertama kali. Lama kelamaan, mereka akan biasa dengannya.

3. Sebut nama anak sebelum memberi arahan

Jika anda menyebut namanya, dia akan memberi perhatian pada anda dan pesanan yang ingin anda sampaikan dapat diterima dengan baik. Kalau boleh, panggil dengan nama penuh. Baru dia tahu, dengan panggilan nama penuh, tentu ia sesuatu yang serius!

Adalah dinasihatkan untuk memberhentikan apa jua tindak balas atau jawapan anak anda, supaya mereka mendengar pesanan anda dengan teliti.

4. Pastikan pesanan anda ringkas dan jelas

Adalah penting untuk diingati bahawa kanak-kanak tetap adalah kanak-kanak. Mereka tidak akan memahami mesej yang tersembunyi dari pesanan yang kurang jelas.

Elakkan memberi arahan dengan banyak pada satu-satu masa terutamanya jika mereka masih kecil.

5. Berikan mereka pilihan dan alternatif selagi mana boleh

Jika anda ingin anak anda mendengar kata-kata anda, anda patut berikan mereka pilihan. Anda boleh menerangkan keadaan kepada mereka supaya mereka memahamu dan kenapa mereka perlu mengikut arahan anda.

Memberi alternatif dalam nada yang positif akan memberikan anak anda pemahaman yang lebih berbanding penggunaan “tidak” atau “jangan”.



6. Elakkan dari berleter

Selalunya, ibu bapa akan mula berleter apabila anak-anak tidak mendengar kata-kata mereka. Jadi, daripada anda berleter dan membebel panjang, lebih baik anda tampal lukisan atau satu carta kerja dalam bilik anak anda dan tunjukkan pada mereka.

Tugasan rumah harian yang perlu mereka selesaikan dalam sela waktu yang ditetapkan perlu dijelaskan dalam carta ini. Pastikan anda membuat carta tugasan yang sesuai dengan umur anak anda dan pertimbangkan juga waktu untuk mereka berehat dan bermain.

7. Berikan anak anda ‘reward‘ yang mereka tidak boleh lepaskan

Apabila anak anda berjaya menyelesaikan sesuatu, anda perlulah memberikan mereka hadiah atau ganjaran yang mereka suka. Pastikan hadiah tersebut adalah untuk kebaikan anak anda dan bukannya hanya untuk memanjakan mereka.

8. Jika anda mahukan anak anda berbudi pekerti mulia, jadilah teladan untuk mereka

Anak-anak mengikut jejak langkah ibu bapa mereka dalam semua perkara. Jadi, berbudi pekerti bukanlah sesuatu yang diharapkan lahir sendiri dari seorang kanak-kanak.

Selain itu, ajarkan mereka kata-kata sopan yang mudah sebelum mereka belajar bercakap dan anda juga perlulah mengaplikasikannya dalam setiap perbuatan anda.

9. Tenang tetapi tegas

Jika anda telah membuat keputusan dan telah menyampaikannya pada anak anda, anda patut bertegas dengan keputusan tersebut.

Bincangkan dengan pasangan anda dan pastikan anda mencapai kata sepakat bersama pasangan anda. Ini akan mengajar anak anda bahawa apabila sesuatu keputusan telah dibuat, ia tetap tidak akan berubah.

10. Bersifat terbuka untuk perbincangan

Apabila anak anda semakin membesar, anda perlu menitik beratkan hal emosi dan pandangan mereka. Elakkan dari memberi arahan yang kelihatan seolah-olah muktamad.

Berikan anak anda ruang untuk berfikir dan membuka minda mereka serta berkongsi perasaan dan tanggapan mereka.

11. Buat anak macam kawan

Pastikan anda bercakap dengan anak anda seolah-olah anda bercakap dengan kawan anda. Ini akan membantu anda mengawal nada suara dan isu-isu yang panas.

12. Terimalah anak anda seadanya

Setiap anak mempunyai sifat positif dan negatif. Terimalah mereka seadanya dan sayangilah mereka walau apa jua kekurangan mereka.

Ini membuatkan mereka selesa berkongsi perasaan dan buah fikiran.

Asahlah skil komunikasi anda setiap kali anda berbicara dengan anak anda dan dengarlah apa yang mereka ingin sampaikan supaya hubungan yang kukuh dan baik dapat diwujudkan. Janganlah asyik marah anak sahaja kerana ia tidak berfaedah sama sekali.

Selamat mencuba!





«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post


No comments:

Leave a Reply