Label-1

Label-2

Label-3

Akim bakal  buru si perakam video


Akim bakal  buru si perakam video 


 Susulan berita penyanyi popular Stacy memeluk Islam, penyanyi Akim memuat naik status di laman Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dengan sifat tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

Sebuah video yang tersebar semalam memaparkan Stacy sedang mengucapkan dua kalimah syahadah sambil dibantu seorang ustazah.

Akim menyifatkan penyebaran video itu sebagai  satu tindakan tidak beramanah. 

Kata Akim, biarpun ia menunjukkan perkara yang baik, pihak berkenaan sepatutnya tidak berbuat demikian apatah lagi selepas ibu bapa Stacy telah meminta agar tidak membuat rakaman.

Menurut laporan di media sosial, Stacy memeluk agama Islam di Jabatan Agama Islam Johor. Stacy ditemani ibu bapa penyanyi Akim, selain ibunya sendiri.


Biarpun belum mendapat pengesahan daripada pihak Stacy, namun warga media sosial rata-ratanya teruja dengan berita ini. Majoriti mengucapkan kesyukuran dan berharap Stacy dapat menjalani kehidupan sebagai Muslim dengan tenang dan tabah.

Pihak Stacy dijangka membuat satu sidang media hari ini di Astro Bukit Jalil pada jam 2 petang untuk memperjelaskan status agama Stacy.
Stacy, 25 tahun, merupakan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia dan menjuarai pertandingan tersebut pada tahun 2008.






«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post


No comments:

Leave a Reply