Posted by comel
00:46
0
PEKIDA nasihat pemimpin UMNO yang rosak supaya ‘bertaubat’
Kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (PEKIDA) menasihatkan ahli UMNO yang ‘rosak’ kerana tidak lagi mempercayai parti itu supaya ‘bertaubat’.
Pengerusi Eksekutif Majlis, Datuk Paduka Ayahanda, Syed Husain Al-Shabab berkata, sekiranya enggan bertaubat, pemimpin UMNO yang telah rosak itu perlu keluar parti.
“Sememangnya dalam UMNO ada dua tiga kerat yang rosak. Golongan inilah yang menjadikan UMNO kucar-kacir dan kelihatan tidak baik,” katanya dalam sidang media di Dewan Orang Ramai Kampung Paya di Kampung Baru pada Rabu.
“Yang ‘tak cantik’ itu pergi ‘make up’ bagi cantik-cantik sikit. Yang ‘sakit’ itu pergi hospital untuk cari ubat,” katanya menyindir pemimpin UMNO dan ahli UMNO yang sering mengkritik parti itu.
Dalam masa sama, Syed Husain mencadangkan supaya UMNO meramaikan lagi pemimpin bijak pandai supaya perjuangan lebih mantap dan rakyat lebih yakin.
“Dalam Pakatan Rakyat (PR) ramai golongan bijak pandai, seperti peguam, doktor dan jurutera.
“Sekiranya dalam UMNO mempunyai golongan bijak pandai, pastinya UMNO akan lebih mantap memperjuangkan hak orang Melayu sekali gus mengembalikan keyakinan terhadap parti,” katanya.
Sumber-babab.net
comel
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: