Label-1

Label-2

Label-3

19 Petua Menurunkan Berat Badan Yang Benar-Benar Membantu Berasaskan Bukti Saintifik


19 Petua Menurunkan Berat Badan Yang Benar-Benar Membantu Berasaskan Bukti Saintifik


Penurunan berat badan penuh dengan pelbagai mitos. Apatah lagi ia dijadikan satu “industri” untuk mengaut keuntungan daripada mereka yang benar-benar mengimpikan bentuk badan yang langsing dan sihat. Pelbagai nasihat dan petua yang gila-gila dikongsikan kepada orang ramai, sedangkan kebanyakan info yang disebarkan itu tiada bukti kesahihannya.


Sementara itu, para penyelidik turut menemui beberapa strategi yang efektif bagi menurunkan berat badan. Ini adalah 26 tip penurunan berat badan berdasarkan bukti saintifik.

1. Minum air terutama sebelum makan.

Minum air akan membantu boost up metabolisma badan sebanyak 24-30% dalam tempoh 1-1.5jam. Keadaan ini akan membantu lebih banyak pembakaran kalori. Satu kajian menunjukkan minum 500ml air setengah jam sebelum makan membantu orang yang sedang diet kurang beberapa kalori dan kurang lebih 44% berat badan.

2. Makan telur untuk sarapan pagi.

Kajian menunjukkan sarapan pagi berdasarkan bijirin digantikan dengan telur akan membantu anda kehilangan beberapa kalori selepas 36jam, dan hilang lebih banyak berat dan lemak badan. Jika anda tidak boleh makan telur kerana sesuatu sebab, anda boleh gantikannya dengan protein yang berkualiti. Ia akan tetap membantu memberi kesan yang sama.

3. Minum kopi terutamanya kopi hitam.

Kopi berkualiti kaya dengan antioksidan dan mempunyai kebaikan dari segi kesihatan. Kajian menunjukkan kafein kopi boleh meningkatkan metabolisma sebanyak 3-11% dan meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 10-29%. Cuma jangan tambah gula atau apa-apa bahan yang tinggi kalori kerana ia akan mengurangkan kebaikan kopi itu sendiri.

4. Minum teh hijau.

Teh hijau mengandungi sedikit kafein dan tinggi antioksidan. Antioksidan catechins dipercayai dapat bersinergi dengan kafein untuk menambahbaik pembakaran lemak. Banyak kajian menunjukkan teh hijau dapat membantu menurunkan berat badan.




5. Masak dengan minyak kelapa

Minyak kelapa sangat baik untuk kesihatan kerana ia meningkatkan kadar metabolisma 120 kalori sehari dan membantu mengurangkan selera makan. Minyak kelapa ini digunakan sebagai minyak masak, bukan menyampurkannya ke dalam makanan yang siap dimasak.

6. Pengambilan Glucomannan Supplement

Glucomannan ialah sejenis fiber yang mampu membantu menghilangkan berat badan di dalam beberapa kajian dengan cara menyerap air dan mengurangkan rasa lapar.

7. Kurangkan pengambilan gula tambahan

Kurangkan gula tambahan di dalam makanan yang dibeli. Ini termasuklah makanan siap dimasak yang dikatakan sihat.

8. Kurangkan makan karbohidrat yang telah ditapis/diekstrak

Karbohidrat jenis ini boleh meningkatkan gula darah dan menyebabkan timbul rasa lapar dan keinginan untuk makan yang sekaligus akan mempengaruhi bilangan pengambilan makanan. Maka, lebih baik makan fiber semulajadi berbanding jenis karbohidrat ditapis. Ia biasa ditemui di dalam roti putih dan pasta.

9. Pengamalan diet rendah karbohidrat

Beberapa kajian menunjukkan diet sebegini boleh membantu anda hilang 2 hingga 3 kali lebih banyak berat sambil membantu kesihatan anda di dalam masa yang sama.

10. Menggunakan Pinggan Kecil

Saiz pinggan yang kecil membantu orang cepat kenyang kerana pinggan kelihatan penuh dengan makanan membuatkan otak percaya ia kuantiti yang banyak.



11. Kawal porsi atau bilangan kalori

Cara mengurangkan makan dengan mengawal bilangan porsi atau kalori membantu menurunkan berat badan. Ia boleh dilakukan dengan catatan di dalam diari makanan dan tulis apa yang dimakan atau ambil setiap makanan yang dimakan. Ia akan meningkatkan kesedaran di dalam diri anda tentang apa yang anda makan.

12. Sedia makanan yang menyihatkan

Penyediaan snek sihat dapat membantu menghalang anda mengambil makanan yang tidak sihat ketika anda lapar. Antaranya ialah buah-buahan, kacang, lobak merah kecil, yogurt dan telur rebus.

13. Gosok gigi

Amalkan menggosok gigi selepas makan malam. Ini akan mengurangkan rasa untuk makan snek di malam hari.

14. Makanan pedas

Makanan pedas seperti lada Cayenne mengandungi Capsaicin, sebatian yang boleh meningkatkan metabolisma dan mengurangkan selera makan anda.

15. Senam aerobik

Senam aerobik atau kardio adalah cara terbaik untuk membakar kalori dan menambahbaik bentuk fizikal dan kesihatan mental. Ia efektif untuk mengurangkan lemak di perut dan lemak yang tidak baik yang ada di organ dan menyebabkan penyakit metabolik.




16. Angkat berat

Senam angkat berat membantu menghalang kehilangan otot dan memperlahankan metabolik yang biasanya dikenali sebagai peringkat kebuluran. Dengan mengangkat berat ia dapat meninggikan kadar metabolisma dan menghalang kehilangan otot.

17. Makan lebih banyak fiber

Fiber boleh meningkatkan rasa kekenyangan dan membantu anda mengawal berat badan anda dalam jangka masa panjang.

18. Makan lebih banyak sayur dan buah

Sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai beberapa bahan yang membuatkannya efektif untuk penurunan berat badan. Ia mengandungi beberapa kalori tetapi banyak fiber. Ia juga kaya dengan air yang membuatkan ia ketumpatan tenaga yang rendah. Ia juga mengambil masa untuk dikunyah dan menimbulkan rasa kenyang.

19. Boleh baca seterusnya di artikel asal Kurus Cara Berkesan
«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post


No comments:

Leave a Reply