Label-1

Label-2

Label-3

Cara semakan nama peminjam blacklist CTOS dan CCRIS


Cara semakan nama peminjam blacklist CTOS dan CCRIS

Individu yang gagal membuat pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain dengan alasan nama disenaraihitamkan (blacklist) CTOS dan CCRIS dinasihatkan menggunakan saluran yang betul untuk membuat semakan status


Apa yang penulis lihat di internet ramai individu menggunakan ruangan komen di blog tertentu yang memberi info semakan CTOS dan CCRIS dengan mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti no kad pengenalan

Untuk makluman tindakan itu adalah kurang bijak kerana pihak atau admin blog itu tidak dapat membantu anda bagi membuat semakan sama ada nama anda sebagai peminjam di senaraihitamkan

Jika anda memberikan butiran penting identiti, misalnya nama penuh, alamat, no telefon, atau no kad pengenalan di ruang komen tersebut, secara tidak langsung ia terdedah kepada umum dan ia akan membuka peluang pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan butiran peribadi anda

Sehubungan itu, anda dinasihatkan menggunakan saluran yang betul untuk tujuan berikut

SENARAIHITAM (BLACKLIST) CTOS DAN CCRIS

Senaraihitam (Blacklist) CCRIS dan CTOS boleh dikategorikan sebagai istilah tahanan atau kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan

Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat CTOS dan CCRIS bukanlah sistem yang menyenarai hitam peminjam cuma ia merekodkan aktiviti peminjam sama ada membuat bayaran balik pinjaman dengan baik atau tidak dan maklumat itu akan dijadikan salah satu sumber oleh institusi kewangan untuk menilai atau meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan

Jika nama peminjam disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS maka ia akan menyusahkan dan menutup peluang peminjam untuk membuat pinjaman baharu selagi nama tidak dibersihkan dalam rekod

Semakan CTOS CTOS adalah sebuah syarikat yang membangunkan satu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam Bagi peminjam ingkar tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang telah ditetapkan maka nama akan direkodkan dalam CTOS

Kebiasaannya untuk direkodkan kepada CTOS ia bergantung kepada budi bicara pihak bank atau syarikat kewangan sama ada mereka mahu menyenaraikan nama peminjam pada CTOS CTOS juga berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberikan pinjaman kepada pemohon

Jika ingin membuat semakan CTOS, anda boleh berhubung terus dengan pihak

CTOS di CTOS service centre menerusi alamat yang boleh didapati menerusi pautan http://www.ctos.com.my/contact-us

Ataupun secara online melalui laman web rasmi CTOS di pautan http://www.ctos.com.my/faq maklumat lanjut boleh didapati dalam web tersebut

Semakan CCRIS Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan bank Jika bayaran bulanan ditetapkan oleh pihak bank yang dibuat oleh peminjam mengikut tempoh ‘bayaran cantik’ maka nama peminjam tidak akan direkodkan dalam

CCRIS Jika sebaliknya peluang untuk peminjam membuat pinjaman kewangan baharu dengan mana-mana bank berkemungkinan gagal selagi nama yang ada dalam rekod CCRIS tidak dibersihkan Rekod CCRIS berkemungkinan boleh disemak melalui bank yang anda membuat pinjaman namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai bank terbabit.

Kebiasaannya pihak bank akan menyarankan anda mendapatkan rekod laporan kredit itu menerusi Bank Negara Malaysia Sehubungan itu, lebih mudah jika anda mengunjungi Bank Negara Malaysia untuk membuat semakan CCRIS kerana di Bank Negara Malaysia disediakan kiosk layan diri untuk buat semakan CCRIS malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan lebih terperinci

Untuk maklumat cara permohonan semakan CCRIS, ia boleh didapati secara online sila layari pautan berikut http://creditbureau.bnm.gov.my/BMfaqs.html selain boleh mendapatkan maklumat lengkap mengenainya



  

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post


No comments:

Leave a Reply