Posted by comel
09:11
1
Langkah-langkah tambahan perkukuh daya saing ekonomi dalam Bajet 2016
Bajet 2016 yang sedang digubal kerajaan akan mengandungi langkah-langkah tambahan bagi memperkukuhkan daya saing ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global dan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Bajet 2016, yang akan dibentang pada 23 Okt, akan turut memastikan kesejahteraan hidup rakyat diutamakan, terutamanya penyediaan rumah mampu milik dan kos sara hidup yang berpatutan.
"Projek-projek pembangunan akan disusun semula dengan keutamaan diberikan kepada projek yang mempunyai nilai pengganda dan kandungan tempatan yang tinggi serta berupaya menjana peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi," katanya ketika mengumumkan langkah-langkah proaktif ekonomi di sini hari ini.
Najib turut memberi jaminan bahawa perbelanjaan optimum akan dilaksanakan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
"Saya pasti kita akan dapat mengharungi cabaran semasa sekiranya kita bersatu hati, berpadu tenaga dan terus yakin dengan kemampuan kita. Insya-Allah," katanya.
comel
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agen Judi Sportbooks
ReplyDeleteAyo Bertaruh Bersama kami di agens128. win
Dapatkan Bonus New Member 10% & Bonus Deposit Harian 5%
Bonus cashback setiap minggunya
Proses Depo Dan WD Tercepat yang Pernah ada !
Info Lebih Lanjut Hubungi Contact Kami :
BBM : D8B84EE1 / BBM : AGENS128
WhatsApp : 087789221725