Posted by comel
08:49
0
Tersungkur Lebih Lapan Kali Di Pentas, G-Friend Gigih Teruskan Persembahan
Kumpulan K-Pop G-Friend menjadi perhatian dunia selepas sebuah video yang merakamkan beberapa anggota kumpulan itu tersungkur sewaktu menyampaikan lagu berjudul ‘Me Gusta Tu’ menjadi viral di media sosial.
Difahamkan insiden tersebut berlaku kerana hujan yang turun renyai-renyai telah menyebabkan pentas menjadi licin dan menyukarkan keadaan mereka untuk menari.
G-Friend yang dianggotai oleh enam gadis comel iaitu Yuju, Eunha, SinB, Sowon, Yerin dan Eunji menyedari tentang situasi tersebut dan cuba untuk membuang takungan air hujan yang terkumpul di atas pentas.
Namun ketika persembahan berlangsung, perkara buruk terjadi kepada Yerin, SinB dan Yuju dan mereka bertiga terjatuh dengan agak teruk di atas pentas.
Keadaan semakin membimbangkan apabila Yuju dilihat tersungkur lebih daripada lima kali dan wajahnya juga menampakkan dirinya sedang menahan kesakitan.
Bagaimanapun, kumpulan itu tetap mengekalkan sikap profesional dan meneruskan persembahan dengan penuh semangat seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Sebaik sahaja persembahan tamat, ketua kumpulan G-Friend iaitu Sowon dengan pantas mendapatkan Yuju dan memapahnya terus ke belakang pentas manakala peminat mereka pula memberikan tepukan semangat sambil berkata “tak mengapa, tak mengapa!”
Kejadian itu telah menarik perhatian di seluruh dunia sehingga menajdi viral dan pihak media serta peminat luar negara memuji sikap profesional kumpulan tersebut walaupun mereka baru hampir sembilan bulan berada dalam insdustri hiburan Korea.
comel
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: