Posted by comel
06:30
0
Wanita Bawa Anjing Dalam Troli Dikritik
Tindakan dua wanita yang membawa bersama anjing mereka di dalam troli kosong di sebuah pasar raya di sini disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.Gambar kedua-dua wanita tersebut bersama anjing mereka dimuat naik ke dalam laman Facebook dan menjadi viral.
Ia dipercayai dirakam oleh seorang pelanggan di pasar raya tersebut di Plentong, Masai pada Sabtu.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Annie Belinda Han dalam entrinya menulis kedua-dua wanita tersebut tidak sepatutnya membawa anjing mereka di kawasan tempat terbuka terutamanya pasar raya.
"Pihak pengurusan premis tersebut juga perlu meletakkan papan tanda besar "zon larangan membawa binatang" dalam empat bahasa untuk makluman pelanggan," katanya.
Menurut Annie, pengawal keselamatan bertugas perlu lebih berwaspada dan pelanggan yang membawa bersama haiwan peliharaan mereka patut dihalang daripada memasuki pasar raya itu.
Seorang lagi pengguna Facebook, Zaberi Che Mat berkata pengurusan pasar raya terbabit juga harus lebih bertanggungjawab dan memastikan insiden tersebut tidak berlaku lagi.
"Dimana pengawal keselamatan bertugas ketika dua wanita membawa bersama anjing mereka ke dalam pasar raya? Tindakan perlu diambil terhadap mereka kerana gagal menghalang kedua-dua wanita itu," katanya.
Seorang jurucakap pasar raya tersebut yang enggan dikenali memberitahu pemberita pada Ahad bahawa kira-kira 500 troli sudah dibersihkan susulan insiden pada Sabtu itu.
BACA : Alvin Tan patut di hukum. Racist sangat !
Troli tersebut sudah dibersihkan (samak) mengikut prinsip Islam dan dengan bantuan sukarelawan dari sebuah masjid berdekatan.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Abdul Samad Salleh berkata polis tidak menerima sebarang laporan berhubung insiden tersebut.
Beliau turut menasihati pihak pengurusan pasar raya itu supaya tidak membenarkan pelanggan membawa bersama haiwan peliharaan mereka memasuki premis berkenaan.
"Sekiranya kami menerima laporan, kami akan merujuk kes itu kepada Majlis Agama Islam Johor untuk tindakan susulan," katanya.
comel
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: