Label-1

Label-2

Label-3

Aweera asah bakat di majlis kenduri kahwin

Aweera asah bakat di majlis kenduri kahwin


Nama Aweera mula dikenali sebagai penyanyi rock ge­nerasi baru apabila menyertai kumpulan Mojo selepas bakatnya dicungkil menerusi program realiti TV One In A Million (OIAM) pada 2009.

Kembara seninya bermula sejak usia lima tahun apabila sering menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di seluruh negara. Abang sulungnya, Acca juga aktif bermain muzik dan menganggotai kumpulan Koffin Kanser.

Pada 2008, dia menang pertandingan Juara Metro Idol mempertaruhkan lagu Seruan, nyanyian asal kumpulan Lefthanded.

Aweera pernah menjadi pembantu kantin menolong ayahnya dan selepas OIAM, meneruskan langkahnya bersama Metro Nome yang ditubuhkan ketika belajar di tingkatan empat.
Walaupun pada mulanya sekadar menyanyi di majlis kenduri kahwin dan acara kecil, usaha itu ternyata sangat berbaloi.

Cuba mencari peluang melebarkan sayap ke arus perdana, Aweera menyertai OIAM dan menjadi peserta termuda sewaktu me­nyertainya pada usia 18 tahun. Dia berjaya melayakkan diri ke pering­kat akhir dan menduduki tempat ketiga di belakang Tomok (juara) dan Esther (naib juara).

Kerjaya seninya selepas itu agak malap kerana tiada pihak pengurusan yang dapat membantunya mengembangkan potensi dalam bidang seni dan kembali ke Perlis bekerja di Unit Kebudayaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).


GEMPAR PEREMPUAN SANGGUP KAHWIN DENGAN ANJING?

Pada 2012, dipelawa Edry KRU menyertai kumpulan rock baru, Mojo sebagai vokalis dan menghasilkan album mini (EP). Lagu Andaiku Bercinta Lagi berjaya ke Anugerah Juara Lagu 2012.

EP kedua muncul pada 2013 dan lagu Romancinta mengukuhkan lagi nama Aweera dan turut layak ke peringkat Anugerah Juara Lagu 2014.

Bagaimanapun, ketika ini Aweera mula terpalit kontroversi dan atas sebab tidak dapat dielakkan, Aweera tidak dapat menyampaikan lagu itu.

Kemuncaknya, pada Februari 2014, bergerak secara solo dan meneruskan cita-cita menjadi penyanyi solo seperti awal kemunculan.

Sebelum itu, Aweera mencetuskan kontroversi apabila diisytiharkan muflis pada 2013. Dia dikatakan pernah membuat pinjaman ketika usia 19 tahun.

Single terbaru, Terhakis dipertaruhkan sebagai lagu solo dan kini mula disiarkan di radio sejak Februari lalu dan dipilih menjadi lagu tema drama Nasuha di TV9.

«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post


No comments:

Leave a Reply