Label-1

Label-2

Label-3

Wanita rancang kahwin dengan anjing peliharaan


Wanita rancang kahwin dengan anjing peliharaan


Seorang wanita merancang berkahwin dengan anjing peliharaannya selepas ‘suaminya’ yang juga seekor kucing mati baru-baru ini.

Dominique Lesbirel, 41, berkahwin dengan seekor kucing lapan tahun lalu, tetapi haiwan itu mati baru-baru ini akibat masalah buah pinggang.

Kini wanita itu jatuh cinta dengan anjing peliharaannya yang dikenali sebagai Travis dan merancang berkahwin tidak lama lagi.

Berkahwin dengan haiwan bukan perkara asing bagi Dominique kerana dia menguruskan laman web yang mengeluarkan sijil perkahwinan kepada pengguna Internet yang mahu berkahwin dengan haiwan kesayangan mereka.

Bagaimanapun, Dominique mengeluarkan sijil perkahwinan kepada mereka yang berkahwin dengan haiwan peliharaan dan bukan haiwan liar seperti harimau atau beruang.


TERKINI ! SERPIHAN MH370 KINI DI TEMUI


“Saya perlu memastikan mereka sangat mencintai dan menghormati haiwan peliharaan mereka sebelum saya keluarkan sijil perkahwinan ini.

“Saya tidak akan mengeluarkan sijil kepada sesiapa yang mahu berkahwin dengan haiwan liar seperti singa, harimau atau beruang,” katanya.

Menurutnya, laman web itu menggalakkan orang ramai menyatakan komitmen untuk menyayangi haiwan peliharaan mereka dan sentiasa menjaganya.

“Saya sanggup lakukan apa sahaja bagi mengingatkan orang ramai supaya melayan haiwan dengan rasa kasih sayang dan penuh rasa hormat.

“Selepas kematian kucing yang saya kahwini selama lapan tahun kini hidup saya sunyi, sebab itu saya merancang untuk berkahwin dengan Travis,” katanya. - Agensi





«
Next

Newer Post

»
Previous

Older Post


No comments:

Leave a Reply