Posted by comel
09:01
0
Duit Malaysia Rm50 bertaburan di bumi Singapura
Amat mengejutkan semua pihak, pengguna Bukit Timah Expressway (BKE) semalam, terkejut apabila mendapati wang kertas bertaburan di laluan berkenaan dan ramai pengguna berhenti untuk mengutipnya.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.20 petang berhampiran laluan menghubungkan Lebuhraya Seletar (SLE) dengan BKE.
Menurut seorang pembantu tadbir, Annie, 50,kepada media Singapura, Lianhe Wanbao, dia berada di atas bas dua tingkat apabila ternampak not berterbangan.
Menurutnya, beberapa penumpang meminta pemandu supaya memberhentikan bas kerana mereka mahu turun untuk mengambil wang itu tetapi dia menolak.Annie menganggarkan ada sekurang-kurangnya RM10,000.
Ahli perniagaan dikenali sebagai Liu, 60, memberitahu Shin Min Daily News, dia menyangka not berkenaan hanya kertas biasa.
“Tetapi apabila saya memperlahankan kereta untuk melihat lebih dekat, saya dapati ia adalah not RM50," katannya.
Tidak dapat dipastikan bagaimana wang kertas Malaysia itu boleh berterbangan di lebuh raya berkenaan. - The Straits Times
comel
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: