Posted by comel
09:05
0
Syukur rezeki buat Akim &The Majistret
Band terkenal, Akim &The Majistret teruja dan gembira apabila berpeluang menjayakan konsert jelajah anjuran Yeo Hiap Seng (Malaysia)Berhad (Yeo’s) dan Harian Metro.
Acara yang diberi nama Konsert Patriot Yeo’s I Love Malaysia itu akan menggegarkan enam lokasi pilihan dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor akan menjadi pembuka tirai pada 8
Ogos ini diikuti Bulatan Bazarina, Stadium Shah Alam, Selangor (16 Ogos), Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (5 September), Dataran Daesoka, Gaya Street, Kota Kinabalu (12 September), Padang Merdeka, Kuching (15 September) dan Pekarangan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar (19 September).
Pengikut setia Akim &The Majistret dapat menyaksikan band ini beraksi selama tiga jam secara percuma.
Sebagai salah seorang duta Yeo’s, Akim menganggap ini rezeki The Majistret yang banyak membantu menaikkan namanya.
“Tidak sangka peluang menjadi duta Yeo’s turut memberi peluang kepada saya menjayakan konsert jelajah ini bersama The Majistret.
“Sebelum ini kami berhasrat mengadakan konsert jelajah bagi mempromosikan album Patriot yang sudah siap.
“Selepas melihat persembahan saya bersama The Majistret secara akustik di beberapa siri jelajah Yeo’s dan mengetahui perancangan promosi bergerak album Patriot, Yeo’s berminat bekerjasama,” katanya.
Sementara itu, Gime yang mewakili The Majistret bersyukur apabila Akim sudi berkongsi rezeki dengan mereka.
“Ini adalah rezeki dan kerja keras Akim selama ini. Dia yang minta kami turut serta dalam konsert ini.
“Kami hanya menumpang tuahnya saja.
Mungkin juga ini imbuhan usaha dan pengorbanannya yang sanggup mengeluarkan bajet sendiri untuk mengukuhkan jenama kami.
“Sudah sampai masa Akim menuai hasil,” katanya.
Selain Akim & The Majistret, turut menyerikan konsert Patriot ini ialah kumpulan Precious dan Alinda.
comel
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments: